Johari komited pastikan dasar pelaburan, perindustrian dilaksanakan secara berkesan

Johari komited pastikan dasar pelaburan, perindustrian dilaksanakan secara berkesan

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri amanah besar khususnya ketika Malaysia berdepan persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ketidaktentuan geopolitik, perubahan landskap perdagangan dunia serta perkembangan teknologi yang pesat menuntut dasar lebih strategik bagi memastikan daya saing ekonomi negara terus diperkukuh.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan serta amanah yang diberikan untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Johari, kementerian itu memainkan peranan penting dalam memastikan keyakinan pelabur kekal kukuh selain memperkasakan sektor perindustrian dan perdagangan negara agar terus memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, beliau komited untuk memastikan dasar pelaburan dan perindustrian negara dilaksanakan secara berkesan.

Ia seiring keperluan semasa dan cabaran ekonomi global, demi menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN