Joachim, Masidi, Ewon dilantik TKM Sabah

Joachim, Masidi, Ewon dilantik TKM Sabah

DATUK Seri Masidi Manjun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Kabinet baharu Sabah menyaksikan pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri termasuk daripada Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Tiga Ketua Menteri tersebut adalah ADUN Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun merangkap Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick selaku Presiden UPKO.

Senarai jawatan Menteri Sabah diumumkan Dr. Johachim dalam sidang akhbar di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di sini hari ini.

Dr. Johachim berkata, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Kerja Raya dan Utiliti manakala Masidi pula Timbalan Ketua Menteri 2 dan memegang Menteri Kewangan manakala Ewon pula Timbalan Ketua Menteri 3 dan Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.

Katanya, antara wakil GRS membarisi senarai Kabinet Sabah adalah ADUN Membakut, Datuk Ariffin Arif dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan; ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib dilantik Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, ADUN Matunggong, Datuk Julita Mojungki dilantik Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sebagai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.

Beliau berkata, ADUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar daripada PH dilantik sebagai Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan manakala ADUN Sukau, Datuk Jafry Arifin daripada BN apabila Setiausaha UMNO Sabah itu dilantik Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Terdahulu, Istiadat Mengangkat Sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman dan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Senarai Kabinet Sabah:

Ketua Menteri: Datuk Seri Hajiji Noor (GRS-Sulaman)

Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Kerja Raya dan Utiliti: Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS-Kundasang)

Timbalan Ketua Menteri 2 dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Masidi Manjun (GRS-Karanaan)

Timbalan Ketua Menteri 3 dan Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan: Datuk Ewon Benedick  (UPKO-Kadaimaian)

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan: Datuk Ariffin Arif (GRS-Membakut)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Rubin Balang (GRS-Kemabong)

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan: Datuk Jamawi Jaafar (PH-Melalap)

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk James Ratib (GRS-Sugut)

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar: Datuk Jafry Ariffin (BN-Sukau)

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat: Datuk Julita Mojungki (GRS-Matunggong)

Menteri Pembangunan belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif: Datuk Nizam Titingan (GRS – Apas)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN