Jika UEC bercanggah, mengapa Azmin iktiraf semasa jadi MB Selangor?

Jika UEC bercanggah, mengapa Azmin iktiraf semasa jadi MB Selangor?

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuduhan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa partinya membangkitkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana kepentingan politik adalah tidak jujur dan bersifat hipokrit.

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berkata, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjadi Menteri Besar Selangor sudah pun mengiktiraf UEC semasa menjawat jawatan tersebut.

“Pada waktu itu iaitu 2015, kerajaan Selangor mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke universiti milik kerajaan negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Jika pengiktirafan UEC dianggap bercanggah dengan kepentingan negara atau perlembagaan, mengapa dasar tersebut diterima dan dilaksanakan ketika beliau memegang kuasa sebagai Menteri Besar?” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid mendakwa isu UEC sengaja dimainkan semula susulan kekalahan teruk DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kononnya bagi meyakinkan masyarakat Cina bahawa parti itu masih konsisten dengan perjuangan asal.

DAPSY juga memetik kenyataan Azmin pada tahun lalu di Konvensyen Sayap Bersekutu Bersatu Selangor yang mengakui bahawa dirinya mengiktiraf UEC.

“Kenyataan tersebut dibuat ketika Azmin sudah berada dalam Bersatu pada 2024. Persoalannya, mengapa Armada memilih untuk berdiam diri pada ketika itu?

“Justeru, adalah jelas bahawa isu UEC bukan isu baharu dan cubaan untuk mengaitkannya dengan sentimen politik sempit hari ini hanya mencerminkan sikap tidak konsisten serta percubaan mempolitikkan isu pendidikan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×