Isu telefon pintar Hazwani, siapa kita untuk menghukum orang lain - Hariz Hamdan - Utusan Malaysia

Isu telefon pintar Hazwani, siapa kita untuk menghukum orang lain – Hariz Hamdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pelakon, Hariz Hamdan mengakui belum sempat berjumpa atau bertanya khabar aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, yang baru-baru ini menerima kritikan netizen susulan penggunaan telefon pintar iPhone.

Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, bagaimanapun berpandangan bahawa tiada siapa berhak menghukum kesalahan seseorang selain Tuhan.

“Untuk menghubunginya buat masa ini belum lagi kerana saya sibuk dengan penggambaran dan urusan lain.

“Tidak sempat untuk ‘catch up’ dengan Hazwani. Namun, saya ada juga terdengar mengenai isu tersebut.

“Bagi saya, saya tidak menyalahkan sesiapa. Benar, pada pandangan sesetengah orang perkara itu dianggap salah, tetapi siapa kita untuk menghukum orang lain. Hanya Tuhan sahaja yang layak menilai manusia dan umat-Nya.

“Jika Hazwani melakukan kesilapan, biarlah Tuhan yang membalas. Begitu juga jika kita sendiri melakukan kesalahan. Siapa kita untuk menentukan apa yang betul dan apa yang salah,” katanya ketika ditemui pada Perlawanan Pickleball The Power Play 2025, di sini, semalam.

Terdahulu, tindakan Hazwani merakam video pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37) mencuri perhatian ramai apabila penggunaan telefon pintar iPhone olehnya dipersoalkan netizen, susulan dakwaan jenama tersebut mempunyai kaitan dengan sumbangan dana kepada Israel.

Sementara itu, gandingan Hariz dan Hazwani dalam drama Iqbal turut mencuri perhatian peminat apabila keserasian mereka di layar kaca mendapat sambutan hangat. Malah, ada peminat yang mengusik dan berharap mereka disatukan.

Menurut Hariz, dia menyedari perkara tersebut namun tidak menyalahkan sesiapa. Jelasnya, Hazwani disifatkan sebagai rakan sekerja yang baik dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak menolak soal jodoh dan mengakui Hazwani memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

“Jodoh itu di tangan Allah. Siapa saya untuk menentukan jodoh saya dan siapa orang lain untuk menentukan jodoh Hazwani? Kita boleh mendoakan yang baik-baik, tetapi akhirnya jodoh tetap di tangan Tuhan.

“Sejujurnya, Hazwani memang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya dan sangat menepati kriteria untuk menjadi seorang isteri. Namun, saya percaya ramai juga yang beranggapan demikian, bukan saya seorang sahaja.

“Mungkin selepas ini Hazwani bergandingan pula dengan hero lain dan mereka juga akan berfikir perkara yang sama. Peribadinya memang baik dan saya sangat mengagumi akhlaknya,” katanya.

Disebabkan drama Iqbal, ramai peminat terus mengusik Hariz agar segera menghantar rombongan meminang Hazwani yang dianggap sepadan dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN