PETALING JAYA: Industri sarang burung walet Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1.5 bilion terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan potensi tinggi sebagai sektor bernilai tinggi. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkembangan positif itu termasuk peningkatan eksport ke China daripada 201 tan pada 2023 kepada 484 tan tahun lalu sekali gus menunjukkan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap kualiti sarang burung Malaysia. “Malaysia baru sahaja memeterai protokol baharu dengan…










