SEREMBAN: Seramai 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan di sebuah kilang besi di Nilai di sini semalam. Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kang berkata, menerusi operasi itu seramai 117 orang warga asing diperiksa sebelum 46 orang lelaki berusia antara 18 hingga 43 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen. “Kesemua individu yang ditahan merupakan warganegara Bangladesh dan…










