PETALING JAYA: Identiti mayat wanita yang ditemukan dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas-Linggi di Rembau, Negeri Sembilan pada 18 Disember lalu masih belum diketahui. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pengesahan identiti hanya boleh dibuat melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusan mengenainya belum dapat dipastikan. “Keadaan mayat yang sudah mereput menghalang proses pengecaman secara langsung…








