Hisyam Hamid dinobat Pelakon Pembantu Terbaik AACA - Utusan Malaysia

Hisyam Hamid dinobat Pelakon Pembantu Terbaik AACA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hisyam Hamid, tidak menyangka bakal membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Terbaik Asian Academy Creative Awards (AACA) 2025 di Singapura pada Khamis.

Hisyam atau Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, merangkul gelaran itu menerusi lakonanya dalam filem memori arahan Abid Hussain.

“Syukur Alhamdulillah tak pernah jangka akan dikurniakan rezeki sebegini. Saya sangat bersyukur hingga tiada kata-kata dapat diluahkan,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen Instagram.

Kejayaan Hisyam menewaskan pesaing terdekat seperti Hugo Weaving (Australia),  Nicholas Yuen (Hong Kong), Ranvir Shorey  (India), Piolo Pascual (Filipina), Datuk Hans Isaac (Singapura), Hao Hsiang Hsu (Taiwan) serta Gun Atthaphan Phunsawat (Thailand). 

Selain Hisyam, turut membawa pulang trofi buat Malaysia pada malam tadi ialah syarikat hiburan Astro yang membawa pulang 16 anugerah.

Antara kategori yang dimenangi ialah The Best Game or Quiz Sho wmenerusi program SME S.W.A.T, anugerah Best Visual Or Special FX (TV Or Feature Film) untuk filem Keluang Man dan Project: Exit lakonan Mierul Aiman merangkul anugerah ⁠Best Sound – Audio Aficionado. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN