KUALA LUMPUR: Trend individu berimej agama untuk meraih pendapatan di media sosial perlu ditangani agar tidak mencetuskan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, peningkatan minat umat Islam terhadap pengajian agama merupakan perkembangan positif, namun terdapat kecenderungan segelintir pihak mengambil kesempatan dengan pendekatan yang tidak selari dengan adab dan etika. “Kita melihat minat rakyat kepada ilmu…









