ALOR SETAR: Keadaan banjir di negeri ini terus beransur pulih apabila bilangan mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) hanya tinggal 264 orang.
Mereka terdiri daripada 83 keluarga yang berada di dua buah PPS di Kubang Pasu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pekan dan SK Tunjang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, PPS SK Padang Pekan menempatkan seramai 105 mangsa daripada 37 keluarga manakala PPS SK Tunjang seramai 159 mangsa daripada 46 keluarga.
Kubang Pasu antara empat daerah yang mengaktifkan PPS sejak minggu lalu akibat banjir selain Kulim, Pokok Sena dan Kota Setar yang terlebih dahulu pulih. – UTUSAN










