BALIK PULAU : Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh isterinya dengan menggunakan sebilah pisau pada 27 Ogos lalu. Tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30, membuat pengakuan tersebut selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin. Pengakuan tidak bersalah itu juga dibuat selepas mahkamah menerima laporan lengkap termasuk laporan psikiatri dari Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan,…










