KOTA BHARU: Seorang guru mengaji al-Quran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal menggunakan panggilan video menerusi telefon bimbit dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun antara Mac hingga Jun lalu. Tertuduh, Huzaifah Ismail, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuan Lah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkomunikasi secara seksual menggunakan telefon…










