Fitri Harris dedah pernah digoda lelaki berpangkat Datuk - Utusan Malaysia

Fitri Harris dedah pernah digoda lelaki berpangkat Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli kumpulan nasyid UNIC, Dr. Fitri Harris mendedahkan dirinya pernah diganggu dan digoda oleh dua individu berpangkat sehingga cuba diheret ke dalam hubungan songsang.

Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 41, berkata, pengalaman yang berlaku pada dua situasi berbeza itu melibatkan lelaki yang sepatutnya dihormati serta menjadi contoh dalam masyarakat.

Menurutnya, insiden pertama berlaku apabila seorang ustaz tiba-tiba menghantar pertanyaan dan mesej berunsur tidak senonoh kepadanya.

“Teringat dua pengalaman pelik dalam hidup saya yang sampai hari ini kalau dikenang pun saya hanya mampu gelak sambil marah.

Pertama, seorang ustaz tanya sama ada saya ‘open minded’ sebelum mengirimkan gambar tidak senonoh.

Saya terkejut macam kena siram air sejuk. Dalam kepala saya hanya ada satu ayat, ‘Ustaz, soalan tu bukan dalam silibus agama!’,” tulisnya di Instagram.

Fitri berkata, pengalaman kedua pula melibatkan seorang individu bergelar Datuk yang didakwa mengirim mesej berbaur lucah setiap kali menjelang tengah malam.

“Setiap hari mesej manja, kemudian perlahan-lahan naik level jadi pelik, lucah dan emoji pun saya tak pernah tengok.

Saya hanya mampu fikir, ‘Datuk, tolonglah. Saya ini pensyarah, bukan operator hotline percintaan jam 12 malam!’,” katanya yang akhirnya mengambil keputusan menyekat nombor tersebut.

Jelasnya lagi, pengalaman itu menimbulkan rasa benci terhadap sikap songsang, apatah lagi ia merupakan perbuatan yang ditegah agama.

“Nabi tidak mengaku umat. Saya benci betul puak macam ini.

Benci sebab ia berlaku depan mata dalam bentuk gangguan peribadi.
Benci sebab ia disokong pula oleh orang yang masyarakat anggap mulia.

Paling saya benci bila orang salah anggap diam itu tanda suka, padahal saya diam kerana cuba jaga adab,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seramai 202 lelaki yang juga pengunjung sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang.

Mereka yang berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi mengejut pada kira-kira pukul 8 malam semalam melibatkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN