FesMa’25 terima pengiktirafan MBOR

FesMa’25 terima pengiktirafan MBOR

AHMAD Zahid Hamidi (lima dari kiri) semasa menyaksikan penganugerahan Malaysia Book of Records sempena Majlis Perasmian Festival Kemas 2025 (FesMa’25) di MAEPS, Serdang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Festival Kemas 2025 (FesMa’25) mencatat kejayaan apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengiktirafan itu diterima menerusi penyertaan seramai 2,540 kanak-kanak Tabika Kemas pada Majlis Khatam Perdana Pra Tahfiz.

Katanya, pencapaian itu membuktikan kekuatan ekosistem pendidikan awal yang bukan sahaja menekankan akademik, malah membina asas nilai dan adab sejak kecil.

“Allahuakbar, sebak dan terharu rasanya apabila melihat wakil anak-anak Tabika Kemas dari seluruh negara membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu lancar, merdu dan penuh keyakinan.

“Inilah impian yang pernah saya titipkan beberapa tahun lalu agar pendidikan awal kanak-kanak tidak hanya berorientasikan akademik, tetapi bertunjang kepada nilai, adab dan cinta terhadap al-Quran,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga Kemas yang berjaya merealisasikan aspirasi memperkukuh pendidikan awal bersepadu, merangkumi penguasaan rohani dan kemahiran asas kanak-kanak.

“Ini ialah satu pencapaian besar yang membuktikan kekuatan ekosistem pendidikan Kemas dan potensi luar biasa generasi kecil kita hari ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Kemas yang telah menjadikan impian ini satu kenyataan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×