Fasha Sandha artis paling baik - Utusan Malaysia

Fasha Sandha artis paling baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau sebut pasal artis yang tidak kedekut dan jauh daripada perangai berdrama di luar kamera, nama Fasha Sandha memang kerap naik dalam senarai.

Bukan gosip kosong, tapi cerita yang datang sendiri daripada peminat-peminat yang pernah berurusan secara dekat dengan pelakon jelita ini.

Cik Bunga dengar, Fasha ini jenis suka belanja orang tanpa perlu dicanang. Ada peminat yang berkongsi pengalaman dibawa bercuti bersama, kononnya Fasha pesan awal-awal, “Bawa duit makan sendiri sahaja.”

Tapi bila sampai di destinasi, lain pula ceritanya. Daripada sarapan sampai ke makan malam, semuanya dia uruskan. Peminat cuma mampu senyum terharu dan simpan duit dalam beg.

Yang buat orang lagi kagum, semua itu bukan untuk konten atau perhatian. Tak ada live, tak ada kamera berpusing. Sifat memberi itu datang natural, ikhlas dari hati.

Sebab itu, ramai yang kata Fasha ini artis yang tidak nampak plastik. Cara dia bergaul, bercakap dan melayan orang memang sama di depan dan di belakang kamera.

Dalam dunia hiburan yang penuh dengan imej dan lakonan peribadi, sikap macam ni memang mahal nilainya.

Tidak hairanlah kenapa Fasha Sandha sering disebut-sebut sebagai antara artis paling baik di Malaysia. Bukan sekadar cantik di layar, tapi cantik juga budinya.

Cik Bunga senyum sendiri dengar cerita ini. Artis macam inilah yang buat peminat rasa dihargai, bukan sekadar nombor atau penyokong sementara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN