PETALING JAYA: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) laluan Sungkai-Slim River Kembali beroperasi hari ini selepas terjejas akibat kejadian pokok tumbang semalam. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, bagaimanapun terdapat kesan kelewatan terhadap perjalanan perkhidmatan ETS, susulan pelaksanaan operasi menggunakan satu landasan di laluan berkenaan. Katanya, kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi di lokasi kejadian sedang giat dilaksanakan oleh pasukan teknikal KTMB bagi memastikan operasi tren dapat dipulihkan sepenuhnya dengan selamat dan secepat…










