Erra Fazira bakal umum tarikh nikah? - Utusan Malaysia

Erra Fazira bakal umum tarikh nikah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khabar angin bertebaran membabitkan aktres, Erra Fazira yang dikatakan bakal mengumumkan mengenai majlis pernikahannya dengan usahawan, Ezwan Zain.

Menurut sumber, pelakon yang mendapat julukan sebagai primadona filem Melayu itu akan berkongsi tarikh hari bahagianya semasa pelancaran video muzik lagu Cinta Abadi, esok.

“Video muzik yang akan dilancarkan esok adalah bagi lagu tema majlis perkahwinan.

“Memang mereka akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi cuma tiada maklumat terperinci mengenainya buat masa ini,” kata sumber.

Erra sebelum ini mengesahkan sudah semakin akrab dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr. E itu sejak awal tahun ini.

Ezwan pula memaklumkan hubungannya dengan pelakon jelita tersebut bertukar serius selepas mula mengenali satu sama lain pada Ogos 2024.

Terdahulu, Erra pernah bergelar isteri kepada penyanyi, Datuk Yusry namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Erra kemudian kembali berumah tangga dengan Engku Imran pada 2007 dan memiliki cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya.

Mereka bagaimanapun berpisah pada Februari 2014.- UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN