Enggan hamil sebab mahu jaga badan
SOALAN
Kawan saya mengadu isterinya enggan mengandung lagi sedangkan pasangan itu baru ada seorang anak. Alasan enggan mengandung kerana mahu menjaga potongan badan. Tidak mahu gemuk. Apakah hukumnya isteri enggan hamil sedangkan suami masih mahu anak?
Suhami
Bangi
JAWAPAN
Hukum isteri enggan mengandung tanpa sebab adalah perkara yang tidak digalakkan dalam syarak, maka pujuklah isteri dengan baik agar dia bersetuju untuk melahirkan anak lagi.
Harus hukum ucap selamat hari raya
kaum lain
SOALAN
Bolehkah seorang Islam mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada sahabatnya?
Alex
Johor Bahru
JAWAPAN
Mengucapkan selamat hari raya kepada kaum bukan Islam adalah harus mengikut sebahagian ulama besar. Maka boleh bertaqlid kepada pendapat sedemikian ketika perlu.
Buat pinjaman dengan bank yang amal riba
Apakah hukumnya kita buat pinjaman dengan bank yang mengamalkan riba?
Ingin tahu
Alor Setar
JAWAPAN
Hukum membuat pinjaman dengan bank konvensional adalah terlarang kerana masih banyak bank Islamik di negara ini yang patuh syariah.-UTUSAN
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]










