Enam negeri bakal terima hujan berterusan

Enam negeri bakal terima hujan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam negeri diramal berdepan hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini hingga 8 Disember susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, amaran hujan berterusan (Waspada) itu melibatkan kawasan-kawasan tertentu di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak yang akan berlaku secara berperingkat.

Beliau berkata, fasa awal hujan berterusan dijangka bermula di Sabah pada 5 hingga 6 Disember melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Bagi Semenanjung Malaysia, amaran hujan berterusan berkuat kuasa mulai 6 hingga 7 Disember melibatkan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Keadaan sama turut dijangka berlaku di seluruh negeri Terengganu serta kawasan Kuantan, Pekan, Rompin dan di Pahang dalam tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, fasa tersebut kemudian diramal beralih ke selatan tanah air iaitu Johor dan Sarawak pada 7 hingga 8 Disember.

Antara kawasan di Johor yang terlibat merangkumi Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Manakala di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah serta Bintulu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN