BENTONG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua individu dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bentong–Gombak, minggu lalu. Lee Kang Foong, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fakhiza Abu Bakar dan memohon untuk dibicarakan. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa pada 10 Disember lalu kira-kira pukul 8.15 malam memandu sebuah kenderaan jenis Mercedes…










