Disiasat SPRM, Muhyiddin perlu berundur jika gagal bawa menantu pulang

Disiasat SPRM, Muhyiddin perlu berundur jika gagal bawa menantu pulang

CHEGUBARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa supaya berundur jika gagal mengarahkan menantunya pulang ke tanah air untuk berdepan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu perlu mengarahkan menantunya segera pulang ke negara ini bagi berdepan dengan pertuduhan membabitkannya.

“Dengan kemewahan yang keluarga Tan Sri ada, sudah pasti Tan Sri ataupun menantu ataupun ahli keluarga Tan Sri mampu untuk mengambil peguam mahal yang paling baik sekali,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang kini melarikan diri lebih dua tahun lalu, dan dipercayai menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.

Muhammad Adlan sebelum ini disiasat membabitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Chegubard berkata, jika Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu gagal meminta menantunya pulang, adalah wajar untuk Muhyiddin melepaskan jawatannya daripada menjadi beban kepada perjuangan Bersatu.

“Berundurlah dengan cara yang lebih terhormat. Tan Sri pernah nasihat kami, dalam Islam menuntut supaya umat Islam ada rasa malu. Jadi kita harap Tan Sri pun ada rasa malu seperti mana nasihat Tan Sri,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu tegang seketika apabila isu membabitkan menantu Muhyiddin yang dilaporkan hidup mewah di Asia Barat, dibangkitkan seorang Ahli Parlimen.

SPRM pada 2023 mengeluarkan kenyataan sedang mencari Muhammad Adlan dan seorang peguam, Mansoor Saat, selepas kedua-dua mereka enggan tampil memberi kerjasama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN