Dikecam kerana kurus - Utusan Malaysia

Dikecam kerana kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELIK tetapi itulah yang menimpa beberapa selebriti Hollywood yang dikecam gara-gara tampil dengan tubuh badan langsing berbanding imej lama yang gempal. Entah apa yang dimahukan peminat.
Kalau dahulu mereka sering menjadi sasaran haters lantaran dikatakan tidak sesuai untuk industri seni kerana berbadan gempal, namun selepas tampil lebih langsing, mereka tetap dikecam.

Tidak hanya menerima serangan kata-kata, malah mereka juga berdepan dengan pelbagai fitnah dan dakwaan kononnya menjalani pembedahan bariatrik, mengamalkan ubat-ubatan berbahaya dan juga penggunaan bahan terlarang.

MEGHAN TRAINOR

Penyanyi All About That Bass yang selama ini memperjuangkan imej tubuh berisi mengejutkan peminat apabila tampil semakin kurus selepas berehat panjang daripada industri seni baru-baru ini.
Tetapi perubahan positif itu mengundang tuduhan kononnya Meghan menggunakan ubat kurus dan rawatan estetik.
Meghan menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa penurunan berat badannya berlaku selepas melalui gaya hidup lebih sihat serta rutin kecergasan lebih konsisten.Ayuh kita senaraikan lima selebriti Hollywood yang dikecam hanya kerana kurus!

ADELE

Penyanyi Easy On Me itu mencuri perhatian peminat dunia apabila muncul dengan penampilan baharu yang jauh lebih langsing selepas susut hampir 45 kilogram.
Perubahan drastik itu mencetuskan pelbagai tuduhan termasuk penggunaan fat burner, rawatan pelangsingan serta pembedahan tertentu.
Namun Adele menegaskan penurunan berat badannya berlaku melalui latihan intensif bersama jurulatih peribadi, selain rutin kecergasan harian.

JONAH HILL

Pelakon komedi ini mula dikenali sebagai figura berisi di layar perak, namun dia mengejutkan peminat apabila tampil terlalu kurus. Selepas gambarnya tular, Jonah berdepan tuduhan kononnya mengambil ubat kurus serta menjalani diet ekstrem. Dia menjelaskan bahawa transformasi fizikalnya dibantu oleh kawalan makan, latihan di gim dan gaya hidup lebih sihat.

CHRIS PRATT

Aktor Guardians of the Galaxy ini turut mengalami perubahan ketara apabila tubuh berisinya bertukar kepada fizikal kurus dan berotot untuk watak Star-Lord.
Walaupun jurulatih peribadinya mengesahkan aktor itu melalui rejim latihan intensif selama enam bulan, masih terdapat tuduhan kononnya dia menggunakan rawatan kesihatan tertentu untuk mempercepatkan hasil. Namun, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut dan kekal fokus dengan rutin kecergasan. Diam lebih baik!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN