PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membentangkan belanjawannya bagi 2026 kepada Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta 11 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur. DBKL dalam satu kenyataan berkata, pembentangan belanjawan yang merangkumi beberapa aspek itu akan dilaksanakan dalam satu sesi mesyuarat akan datang. Katanya, pembentangan belanjawan bersasar dan berimpak tinggi itu dibuat bagi memenuhi keperluan semasa warga kota, sekali gus menjamin kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk Kuala…










