PUTRAJAYA: Dana pembiayaan bumiputera di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) akan dinaikkan daripada RM300 juta kepada RM500 juta pada tahun hadapan. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, keputusan itu berkuat kuasa segera bagi membuktikan kesungguhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), setelah mesyuarat pertamanya bersama pengurusan tertinggi semalam. “Atas dasar pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merentas semua kaum, dana pembiayaan…










