BAGAN DATUK: Kerajaan negeri akan melakukan kerja mengorek dan mendalamkan kawasan pintu air Tebuk Semani serta menambah bilangan pam air dalam usaha mengatasi banjir termenung di daerah ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penambahan pam air itu untuk memastikan aliran keluar air dapat dipercepatkan. “Kita juga mengenal pasti punca air bertakung yang berterusan disebabkan penggunaan culvert atau pembetung yang dibina…










