KUANTAN: Program penggunaan ubat pencegahan jangkitan HIV (PrEP) yang diperkenal kerajaan pada Januari 2023 bagi mencegah penularan virus itu dalam kalangan pasangan berisiko tinggi sebenarnya tidak gagal. Pekerja Kesihatan Komuniti (PKK) yang dikenali sebagai Marina, 49, berkata, PrEP terbukti berkesan sehingga 99 peratus jika diambil dengan betul berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC). “Kegagalan bukan kerana ubat tidak berfungsi tetapi kerana tidak…










