PETALING JAYA: Cubaan seorang lelaki tempatan yang cuba keluar negara dengan menggunakan pasport milik individu lain gagal selepas ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 semalam. Penahanan suspek dilakukan pada pukul 11 pagi oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS). Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban…










