TELUK INTAN: Mangsa banjir di daerah ini memilih untuk terus berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga keadaan benar-benar selamat berikutan bimbang berlakunya fenomena banjir termenung berulang kali semula. Seorang mangsa, Rozita Shaari, 45, terpaksa berpindah ke dua PPS selepas rumahnya di Kampung Baru Batu 8, Jalan Changkat Jong dinaiki air beberapa kali. Katanya, pada awalnya, dia bersama suami ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wah Keow, Langkap sebelum dipindahkan…









