ARAU: Kemelut politik Perlis sejak minggu lalu sehingga membawa kepada peletakan jawatan Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar berakhir apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu, semalam. Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam istiadat di Istana Arau. Majlis turut dihadiri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail,…










