MELAKA: Seorang bekas pembantu tadbir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri barang kemas milik pegawai atasannya bernilai RM37,000, Mei lalu. Tertuduh, Nurfaraein Shahruddin, 35, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan niat curang telah mencuri barang kemas milik seorang wanita berusia 47 tahun di Pejabat MPHTJ, Aras 2,…










