TANAH MERAH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini, dua minggu lalu. Tertuduh, Ibrahim Sulaiman, 63, yang merupakan bapa kepada dua anak mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang merupakan penganggur. Terdahulu, tertuduh yang memakai…










