PETALING JAYA: Apollo Food Holdings Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM13.8 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Oktober 2025 disokong peningkatan prestasi eksport serta pertumbuhan hasil jualan suku tahunan. Bagi suku kedua berakhir 31 Oktober 2025, kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM75.3 juta, meningkat 16 peratus berbanding RM65.1 juta pada suku pertama tahun kewangan sama. Seiring pertumbuhan hasil, keuntungan bersih bagi suku tersebut turut meningkat 17 peratus suku ke suku…










