KOTA BHARU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat melantik seorang tokoh dari negeri ini untuk menganggotai jemaah menteri susulan rombakan Kabinet tidak lama lagi. Ketuanya, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd. Hanuzi berkata, ia bagi memastikan Kelantan mempunyai suara di peringkat Pusat sekali gus menjamin kepentingan negeri dapat dibawa terus ke pengetahuan kerajaan. “Sebelum ini Ahli Parlimen Setiawangsa yang merupakan bekas Menteri Sumber Asli dan…










