PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di peringkat waspada, di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak sehingga 16 Disember ini. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang diramal terjejas melibatkan beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. Katanya, cuaca sama dijangka melanda Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. “Keadaan sama turut…









