PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dicadang dibubarkan manakala Muafakat Nasional (MN) diwujudkan semula ekoran perkembangan politik di Perlis. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh berkata, perkembangan mutakhir di Perlis seolah-olah berlaku dakwaan tikam belakang. “Dah beritahu sejak dulu lagi sebelum PRU15 untuk memperkasakan Muafakat Nasional bukan Perikatan Nasional “Hari ni baru nampak belang masing-masing, kena tikam belakang. Alang-alang bubar sekali lah Perikatan Nasional kita wujudkan semula Muafakat Nasional,” katanya…










