ALOR SETAR: Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mendakwa pertuduhan rasuah yang akan dikenakan terhadapnya pada Isnin ini, bertujuan mencemarkan imejnya sebagai wakil rakyat Perikatan Nasional (PN). Bekas Exco Kerajaan Kedah itu berkata, beliau pada 25 Mac lalu sudah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah untuk membantu siasatan berkaitan projek fidlot di bawah Kedah Agro. Beliau mendakwa ketika itu dia hanya diminta hadir untuk memberikan keterangan sebagai…










