KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan Pengarah Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan lelaki itu menghantar anak perempuannya melanjutkan pelajaran ke London, bulan depan. Hakim Suzana Hussin mengarahkan agar pasport Abu Sahid, 74, dilepaskan dan dikembalikan kepadanya hari ini dan perlu diserahkan semula kepada mahkamah pada atau sebelum 30 Januari 2026. Mahkamah turut membenarkan tertuduh melakukan perjalanan ke…










