PETALING JAYA: Sebanyak 635 pintu pagar automatik (autogate) akan dipasang di 125 pintu masuk negara menjelang 2028. Perkara itu dijangka memudahkan proses pemeriksaan imigresen serta mengurangkan kesesakan di pintu masuk udara, darat dan laut, termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penggunaan kemudahan autogate telah diperluaskan kepada pengembara warganegara, pelawat asing dari 63 buah…










