PETALING JAYA: Jumlah anggota jururawat di Malaysia dijangka terus merosot sehingga mencecah 60 peratus berbanding sasaran bilangan keperluan nisbah selamat antara jururawat dan populasi negara menjelang 2030. Anggaran kemerosotan anggota jururawat itu semakin kritikal apabila negara kehilangan sekitar 2,000 hingga 3,000 jururawat setiap tahun atas pelbagai faktor termasuk berhijrah luar negara. Presiden Delegasi Jururawat Malaysia (DJM), Anwari Hamzah berkata, isu kemerosotan jumlah jururawat timbul apabila berdasarkan data penuh 2024, terdapat…










