40 penumpang GV Ride dapat kejutan hadiah Hari Krismas

40 penumpang GV Ride dapat kejutan hadiah Hari Krismas

Kabeer bersama salah seorang pemandu GV Ride yang lengkap berpakaian kostum Santa Claus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride menceriakan penumpangnya sempena sambutan Krismas hari ini menerusi kempen ‘One-Day-Only Suprise’.

Menerusi kempen itu, tiga pemandu GV Ride terpilih akan menyambut pelanggan sambil lengkap berpakaian kostum Santa Claus selain memberi hadiah istimewa.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Singh Maand berkata, kempen itu hanya berlangsung hari ini dan meliputi kawasan Subang Jaya sahaja.

Beliau berkata, 40 penumpang bertuah dipilih untuk diraikan dan menerima hadiah Krismas istimewa bersama kad ucapan penghargaan daripada GV Ride.

“Kempen ini bukan sekadar membawa kegembiraan kepada pelanggan sebaliknya menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara pemandu dan komuniti. Inilah cara GV Ride menghargai setiap pelanggan yang memilih kami setiap hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya akan terus memperkenalkan aktiviti berbentuk komuniti sebagai usaha menjadikan platform itu lebih dekat di hati rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN