40 ADUN sokong Hajiji

40 ADUN sokong Hajiji

HAJIJI Noor berjalan keluar dari kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya menuju ke Istana Seri Kinabalu bagi istiadat mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman kira-kira pukul 3.10 pagi semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pe­nge­rusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN)untuk membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu dan seterusnya mengangkat sumpah sebagaai Ketua Menteri.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kelmarin, GRS memenangi 29 daripada 55 yang ditandingi.

Selain itu ia turut mene­rima sokongan daripada lima ADUN Bebas, tiga ADUN Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), dua ADUN Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan seorang ADUN daripada Pakatan Harapan (PH).

Sokongan itu membolehkan Hajiji mengangkat sumpah sekali lagi se­bagai Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua.

Ketika mengangkat sumpam awal pagi tadi Hajiji me­raih sokongan melebihi 37 ADUN, iaitu jumlah majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-17 dengan dihadiri ADUN-ADUN yang memberikan soko­ngan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

“Insya-Allah, GRS dan rakan-rakan parti dan kesemua ADUN Bebas, yang sebelum ini berada dalam GRS sama ada sebagai ADUN atau pimpinan parti sebelum pembubaran akan bergerak segera menunaikan mandat dan amanah rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Hajiji, 70, mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, kira-kira 3 pagi selepas pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyaksikan tiada parti berpotensi menubuhkan kerajaan.

GRS memenangi 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, diikuti Parti Warisan (25), Barisan Nasional (enam), Bebas (lima), UPKO (tiga), Star (dua), manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan PH masing-masing meraih satu kerusi.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah memperoleh 37 daripada 73 kerusi DUN.

Dalam pada itu, seorang ADUN Bebas Kukusan, beliau menjadi sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra kerajaan demi memastikan kestabilan politik Sabah selepas PRN Sabah selesai.

Beliau berkata, status Bebas itu memberinya ruang untuk bergerak secara lebih neutral, sekali gus memberi tumpuan sepenuhnya kepada keperluan rakyat tanpa tekanan politik mana-mana pihak.

“Saya memang Bebas mesra kerajaan dan tidak terikat dengan apa-apa perbincangan atau persetujuan sepanjang kempen. Itu yang saya tekankan kepada pengundi,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi ADUN Bebas Pintasan, Datuk Fairuz Renddan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan kerajaan demi memastikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dapat terus digalas dengan baik.

Menurut beliau, keutamaan ketika ini adalah memastikan perjuangan rakyat Pintasan tidak terpinggir walaupun beliau bertanding dan menang sebagai calon bebas.

“Saya menyokong blok kerajaan demi memastikan perjuangan dan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dapat terus digalas. Ya, saya tidak berada dalam mana-mana parti, saya bebas dan saya akan menyokong kerajaan tetapi bukan dengan mengenepikan prinsip perjuangan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, tiga ADUN UPKO telah menyatakan sokongan kepada Hajjiji agar boleh menubuhkan Kerajaan Sabah yang terdiri daripada parti tempatan sepenuhnya.

Katanya, UPKO mendukung kepemimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri berdasarkan kepada pengukuhan nilai dan tadbir urus terpuji.

“Selebihnya dan sudah tentunya, Hajiji lebih bijaksana dalam menentukan Kabinet Kerajaan Sabah.

“Yang penting pada UPKO, hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan haruslah berasaskan kepada semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam mengurus kestabilan politik negara, ia harus bertegas akan hak-haknya,” katanya.

Selain itu, Presiden Star, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, Star komited untuk terus menyokong Ketua Menteri dan menyumbang secara konstruktif kepada agenda kerajaan untuk kemajuan, kestabilan dan kemajuan.

Katanya, Sabah layak mempunyai kerajaan yang bekerja bersama-sama terutamanya dalam hal hak Perlembagaan dan kedaulatan jangka panjang.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, BN menyokong dalam pembentukan negeri yang baharu selepas keputusan pilihan raya diumumkan semalam.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikan lebih lanjut perkara itu meskipun Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin pernah menolak bekerjasama dengan GRS walaupun keputusan DUN tergantung.

“Alhamdulillah, BN telah memberikan sokongan untuk bersama membentuk Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Namun Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, masih terdapat kemungkinan untuk Warisan menjalin kerjasama dengan mana-mana parti tempatan dan bukannya parti dari Semenanjung.

Namun beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin BN atau parti lain seperti yang didakwa bagi membincangkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas keputusan PRN Sabah

“Seperti yang saya katakan tadi, kita tidak kisah untuk bekerja dengan sebarang parti tempatan,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

“Seperti yang saya katakan tadi, kita tidak kisah untuk bekerja dengan sebarang parti tempatan,” katanya dalam sidang akhbar semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN