350 kelas prasekolah ditambah tahun depan

350 kelas prasekolah ditambah tahun depan

MOHD. AZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 350 kelas prasekolah bakal ditambah pada tahun depan bagi memperkasakan aspek pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, penambahan kelas berkenaan akan menjadikan jumlah keseluruhan kelas prasekolah meningkat kepada hampir 10,500 di seluruh negara berbanding lebih 10,100 yang ketika ini.

“Pendidikan penting untuk kita berikan kepada anak-anak kita. Akses pendidikan yang berkualiti akhirnya membolehkan mereka pergi lebih jauh (dalam hidup),” katanya ketika menjadi panel forum pada Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 sempena program Rancakkan MADANI di sini hari ini.

Mohd Azam berkata, aspek penyelenggaraan sekolah daif turut menjadi tumpuan dengan 41 sekolah diselenggara pada 2024 manakala 43 lagi dilaksanakan tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN