PETALING JAYA: Sebanyak 31 syarikat perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Kelantan bakal berdepan tindakan penalti selepas didakwa terlibat dalam kartel penetapan harga. Ia susulan keputusan cadangan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) selepas syarikat-syarikat terbabit didapati melanggar berkaitan perjanjian yang bertujuan menghalang, menyekat atau memesongkan persaingan pasaran. Pengerusi MyCC, Tan Sri Idrus Harun berkata, syarikat-syarikat terbabit didapati telah melanggar Seksyen 4(1) dibaca bersama Seksyen 4(2)(a) dan 4(3) Akta Persaingan 2010…










