PETALING JAYA: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan kira-kira 2.6 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Krismas, Khamis depan. LLM dalam kenyataan berkata, kira-kira 2.2 juta kenderaan dijangka melalui lebuh raya bawah Kumpulan PLUS diikuti Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (186,000), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (69,200), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (33,200) dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) (144,600). LLM menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai pemberian diskaun…










