1MDB: Malaysia tuntut bawa Tim Leissner ke muka pengadilan

1MDB: Malaysia tuntut bawa Tim Leissner ke muka pengadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sebelum ini tidak pernah diperoleh, selain menuntut tindakan terhadap individu termasuk Tim Leissner yang belum pernah dibicarakan dalam sistem keadilan Malaysia.

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, usaha itu bermula selepas pemulangan Roger Ng pada 2023 kepada penyiasat Malaysia selepas dibicarakan dan disabitkan kesalahan di Amerika Syarikat (AS) di mana maklumat baharu turut ditemui.

“Sehingga kini, negara terus menanggung implikasi kewangan serta kerugian tidak dapat dipulihkan sehingga usaha mendapatkan pemulihan selesai sepenuhnya.

“Malaysia tidak akan berputus asa dalam menuntut keadilan daripada semua pihak yang terlibat, termasuk perbankan gergasi global yang bersekongkol dalam perlakuan jenayah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut AGC, Kerajaan Malaysia telah mengemukakan permintaan ekstradisi Tim Leissner kepada Kerajaan AS pada 14 Ogos 2024 bagi membolehkan Leissner dibicarakan di Malaysia dan permintaan itu kini sedang dipertimbangkan oleh AS.

“Malaysia turut mengambil langkah susulan dengan mengemukakan maklumat tambahan yang diminta oleh pihak AS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN