RANTAU PANJANG: Sebanyak 10 lagi binaan pangkalan haram di Sungai Golok di sini yang digunakan untuk tujuan penyeludupan dirobohkan hari ini. Ia melibatkan pangkalan haram Ibrahim Pencen, Ibrahim Pencen 2, Kak Pah, Tambahan, Kayangan Inn, Jeram Perdah 2, Syed Moer 2, Jitong, Mat Yeh dan Mok Yah. Jumlah itu menyaksikan 18 pangkalan haram telah robohkan sejak operasi tersebut dijalankan pada 28 Oktober lalu. Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd.…










