PETALING JAYA: Lebih 1.77 juta penduduk di seluruh negara kini mendapat perlindungan daripada risiko banjir hasil pelaksanaan 149 projek tebatan banjir. Itu antara pencapaian menerusi kerjasama strategik pelbagai agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi tempoh 2024 hingga tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pencapaian itu sekali gus menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan penduduk, keselamatan infrastruktur serta agenda kemampanan negara. Beliau yang juga Menteri…










