PETALING JAYA: Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap struktur besi di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.47 petang. “Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menghempap sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift. “Setibanya…









