PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang menukar tayar keretanya dalam kejadian di Kilometer 260.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), arah Selatan dekat Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun dan bekerja di sebuah syarikat penapis air dilaporkan sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang sebelum insiden…








