IPOH: Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31 2025 di sini meminda waktu untuk perlawanan esok dan Khamis disebabkan cuaca hujan ketika ini.
Berdasarkan pindaan masa tersebut, perlawanan akan bermula pukul 2 petang, diikuti perlawanan kedua pada 4 petang dan perlawanan ketiga pukul 6 petang.
Ini bermakna untuk perlawanan esok, Kanada akan bertemu New Zealand pada 2 petang, aksi Korea Selatan melawan Belgium 4 petang dan perlawanan Malaysia menentang India pada 6 petang.
Manakala untuk perlawanan pada Khamis, Korea Selatan bertemu Kanada dilangsungkan pukul 2 petang, India melawan New Zealand 4 petang dan Malaysia melawan Belgium pukul 6 petang. – UTUSAN










